Sebelum tidur semalam, saya telah memikirkan menu bersahur. Saya keluarkan sotong dan ikan dari bahagian sejuk beku, memudahkan proses memasak esok. Pukul 5am, sambal sotong, ikan goreng dan kacang panjang goreng terhidang di atas meja. Nampaknya Along dan Angah kurang selera. Namun, digagahi juga bersama-sama secawan milo suam. Mungkin saya kena beli roti untuk sahur esok.
Sabtu yang sunyi...sehingga ke pukul 11am, cuaca masih seakan pukul 8am. Selesai solat Dhuha, saya mengajak anak-anak bertadarus. Untuk mengelakkan mereka hilang tumpuan, masing-masing membaca satu ayat, ikut giliran. Alang kata dia masuk tadarus di sekolah, ustaz suruh dia baca juz 25. Bila ditanya bila hendak mula membaca, dia kata nantilah:) Itulah bagusnya sekolah agama, perasaan mencintai Al-Quran telah mula dipupuk sedari kecil. Harapan saya biarlah anak-anak ini mencintai Al-Quran tanpa paksaan.
Suami ajak berbuka di luar hari ini. Ala buffet. Saya ikut sahaja. Lagipun, anak-anak jarang berjumpa ayah mereka. Biarlah sekali sekala berbuka di luar...
Curahan perasaan hati seorang wanita Melayu Islam, sebagai panduan dan ingatan buat diri sendiri yang masih terlalu kerdil dan hina di sisi Tuhan Yang Maha Esa Maha Mulia.
Saturday, August 14, 2010
Friday, August 13, 2010
Ramadan ketiga
Cuaca agak panas hari ini. Teringatkan anak-anak di sekolah. Tiga yang besar sudah mula biasa dengan lapar dahaga Ramadan. Tapi yang kecil itu...

Di UiTM, selesai memasukkan markah kuiz pelajar ke dalam rawscore, bertadarus untuk hari yang kedua. Berkumpul di tempat yang telah dipersetujui lalu sama-sama menyemak bacaan rakan. Bertuah tahun ini kerana satu kumpulan dengan Puan Ruwiyah Bendahari. Kak Yah banyak ilmu tajwid. Dapat beberapa panduan baru hari ini. Alhamdulillah.
Menjemput anak-anak dari sekolah. Betul jangkaan saya. Si kecil bermuka masam kelat. Tunjuk perasaan. Sampai ke rumah, terus berbaring sambil menyebut lapar...lapar...dan langsung tertidur.
Selepas asar, baharulah memikirkan menu berbuka. Nasi semalam berbaki agak banyak. Nasi yang dihangatkan kurang enak dimakan berbuka. Lantas saya bertanyakan anak-anak, Mama buat nasi goreng special ye..alhamdulillah, anak-anak saya tidak banyak kerenah tentang makanan. Asal ada nasi dan air manis. Setakat hari ini, tiada yang mengajak saya ke Bazar Ramadan. Mereka redha dengan apa sahaja yang dijamu Mama.
Perlu memikirkan lauk. Teringin makan ayam. Lalu ayam diperap dengan madu, serbuk oregano, daun basil dan sedikit garam. Agar ada rasa Inggeris...lalu dibakar selama 30 minit. Fatihah minta air sirap bandung. Dalam kesederhanaan menu, Sasai menghantar sepinggan penuh mihun goreng. Alhamdulillah, Allah Maha Pemurah...
Thursday, August 12, 2010
Ramadan kedua
Alhamdulillah, seperti semalam, bangun pukul 4am. Subuh Ramadan sememangnya berbeza dari Subuh bulan Islam yang lain. Mungkin terasa Tuhan begitu dekat dengan kita...langit terbuka luas...
Kari udang campur kentang dan kacang panjang dipanaskan. Tapi, hati terdetik untuk menggoreng nasi. Bawang kecil, bawang putih, cili api dan ikan bilis dikisar halus. Ditumis mesra bersama nasi. Goreng telur mata kerbau. Timun dihiris. Rupanya, tepat detik hati saya. Anak-anak berselera makan sahur. Teh strawberi Cameron Highland melengkapkan sahur kami. Pukul 6am, anak-anak mula segar. Alhamdulillah, tiada yang tidur semula.
Semalam, suami pulang. Selepas berehat sebentar, kami ke surau Kg. Sedeng. Kariah surau tidak ramai. Ramai warga emas. Namun, imam tarawihnya masih muda. Awal 40an. Bacaanya bagus. Ada lahjah Arab walau berbangsa Jawa. 20 rakaat dengan ayat-ayat lazim.
Sekarang 6.35am. Perlu bersiap menghantar anak-anak ke sekolah. Angah minta dihantarkan pukul 6.40am. Semangat awal Ramadan...

Wednesday, August 11, 2010
Ramadan pertama
Alhamdulillah, terjaga pukul 4am, sliding door dibuka, udara subuh dihirup penuh nikmat. Langit cerah, bintang masih sayup kelihatan. Rugi rasanya andai subuh Ramadan pertama kali ini dibiarkan berlalu tanpa pengisian rohani...Umur yang begini, alhamdulillah, diberikan rasa menghargai Ramadan, bulan penuh keberkatan.
4.45am turun ke dapur, memanaskan lauk semalam. Teringin makan sayur. Kobis dirincih kasar, digoreng bersama-sama bawang besar dan ikan bilis.
5am, naik semula ke tingkat atas untuk kejut anak-anak dari lena. Tidak seperti Ramadan yang lepas, kali ini misi tersebut lebih mudah dilaksanakan. Tanpa perlu saya mendukung sikecil yang sudah besar, tanpa perlu saya geletek tapak-tapak kaki, tanpa perlu saya menjerit sesudah memanggil, kesemua mereka turun bersahaja. Alhamdulillah, mereka telah bersedia untuk bangun sahur. Di meja makan, tiada yang tertidur, tiada yang menangis minta disuapkan, tiada yang merajuk, tiada yang tolak pinggan dan cawan, tiada yang garu-garu kepala yang tidak gatal tanda protes, kesemua mereka makan bersahaja. Alhamdulliah, mereka semakin matang. Milo suam dihirup. Gigi digosok. Air kosong segelas diminum. Kembali ke tingkat atas. Bersedia untuk solat Subuh. Alhamdulillah, Ramadan kali ini, anak-anak saya telah dewasa....dan saya bertambah tua...

Tuesday, August 10, 2010
Salam Kemaafan di Gerbang Ramadan
Sempena ketibaan kekasih kita Ramadan, saya dan keluarga memohon kemaafan, saya hanya manusia lemah yang punya banyak kekurangan namun masih berusaha membina jati diri muslim yang berhati-hati dengan setiap kata dan tingkah laku...
Gembiranya hati kerana masih bernafas sehingga kini, terima kasih Tuhan kerana memberi peluang bertemu RamadanMu buat sekian kalinya...
Hari ini sebelum memulakan kuliah, saya menjadi ustazah sebentar, memberi sedikit tazkirah tentang mulianya Ramadan dan pengisian masa di dalam bulan yang mulia ini. Saya kata, kita selalunya take five selepas sejam kuliah. Apa kata dalam bulan Ramadan ini sewaktu rehat lima minit, kita buka tafsir dan bincang tentang ayat-ayat tertentu. Nampaknya semua mereka teruja. Namun saya pula yang bertanya dalam hati, layakkah saya? Apapun, apabila ada niat untuk membuat sesuatu yang baik, teruskanlah, moga Allah membantu.
Petang tadi, saya siap-siap memasak agar sahur nanti, lauk itu akan dipanaskan sahaja. Selepas maghrib, saya membawa anak-anak ke surau Taman Pelangi. Jemaah sini bersolat sunat Tarawih 20 rakaat. Imam membaca ayat-ayat lazim. Mungkin malam esok, saya ingin cuba solat di surau atau masjid lain. Jika ada hafiz yang dilantik menjadi imam solat tarawih, tentu bacaannya dari surah-surah yang lebih panjang. Tentu lebih terkesan. Tentu lebih asyik. Tentu lebih rindu....
Ramadan, bulan yang sungguh manis buat manusia lemah seperti saya...

Wednesday, July 28, 2010
Dari Dapur Iran...dan menjelang Ramadan.
Alang-alang masukkan gambar, hah..saksikanlah gambar meruntun jiwa sebelum Ramadan. Masuk bulan Ramadan, semampu mungkin, banyakkan ibadat-ibadat seperti solat sunat Tarawih dan tadarus Quran. Kita pasang azam dari sekarang, moga Dia permudahkan...
Tetapi, sebagai orang dapur, kita tidak dapat lari dari memikirkan menu berbuka. Terutama yang mempunyai anak kecil. Setiap petang akan bertanyakan apa menu istimewa hari ini. Masak sendiri memang lebih menjimatkan dan lebih sedap. Jadi, bagi yang ada menu istimewa, jomlah kongsi di sini...
Bagi keluarga kami, antara menu istimewa ialah cucur udang (bersama-sama taugeh dan daun kucai) dicicah sos buatan sendiri (cili merah ditumbuk bersama bawang putih, sedikit gula dan cuka, kalau dikisar, rasanya tidak sesedap ditumbuk). Yang hairannya, kuih ini hanya disediakan semasa Ramadan sahaja.
Saya pasti Zura FSKM dan Umijah tentu ada menu istimewa, kongsilah...
Dari Dapur...
Subscribe to:
Posts (Atom)