Kebab berintikan kepingan nipis daging lembu berserta sayuran. Dagingnya seperti rasa daging burger kita, namun lebih halus mulus...
Alang-alang masukkan gambar, hah..saksikanlah gambar meruntun jiwa sebelum Ramadan. Masuk bulan Ramadan, semampu mungkin, banyakkan ibadat-ibadat seperti solat sunat Tarawih dan tadarus Quran. Kita pasang azam dari sekarang, moga Dia permudahkan...
Tetapi, sebagai orang dapur, kita tidak dapat lari dari memikirkan menu berbuka. Terutama yang mempunyai anak kecil. Setiap petang akan bertanyakan apa menu istimewa hari ini. Masak sendiri memang lebih menjimatkan dan lebih sedap. Jadi, bagi yang ada menu istimewa, jomlah kongsi di sini...
Bagi keluarga kami, antara menu istimewa ialah cucur udang (bersama-sama taugeh dan daun kucai) dicicah sos buatan sendiri (cili merah ditumbuk bersama bawang putih, sedikit gula dan cuka, kalau dikisar, rasanya tidak sesedap ditumbuk). Yang hairannya, kuih ini hanya disediakan semasa Ramadan sahaja.
Saya pasti Zura FSKM dan Umijah tentu ada menu istimewa, kongsilah...
2 comments:
Assalamualaikum Ani,
Hmmm..tengok makanan2 yang Ani buat lagi sedap dari apa yang boleh saya masak :)...Saya selalu teringin untuk buat cucur yang Ani buat tu, tapi saya tahu akhirnya nanti saya yang akan makan sorang2..anak2 kalau boleh makan cucur yang hanya tepung,air dan garam semata2, susah sangat nak makan sayur. Boleh saya cuba resepi nuget n roti tu?
Bulan Ramadhan takde masalah pasal makan kalau kita sorang tapi dah ada anak ni pening nak fikir pasal makan sebab anak2 selera lain2. Yang paling mereka suka ayam goreng dengan tepung dan tomyam, dengan nasi putih.
Ita.
Salam Umijah
Roti nuget tu rasanya untuk kita yang dewasa ni biasa-biasa aje tapi untuk anak-anak oklah. Cucur udang bersayur tu memang kira berkhasiat jugalah, ada udang dan sayur. Anak-anak ani pun prefer tanpa sayur tapi dipaksa makan juga. Masa ada bibik dulu, dia campur taugeh, carrot, sengkuang, kobis dan kucai. Lagi sedap rasanya. Tepungnya lembut sebab didominasi sayuran. Cubalah sekali sekala...
Post a Comment