Itu trend sebahagian pelajar perempuan UiTM Johor. Dari pagi membawa ke petang, tudung elok menutup helaian rambut yang diperintah ALLAH supaya dilindungi dari pandangan bukan muhrim. Petang, selepas kelas membawa keesokan harinya, rambut dibiarkan bebas dari sehelai tudung.
Terkadang, ada pelajar menegur sewaktu terserempak. Kerut dahi saya tanda sedang fikir siapakah gadis ini? “Alaaaa Puan, sayalah…E…kelas….Puan lupa ye?” Saya tersedar. “Ohhh Eeeeeee, saya tak kenal awak kalau tidak bertudung”. Dan dia akan tersipu malu.
Saya pernah bertanya kepada seorang pelajar tentang konsep bertudung.
“Rambut saya basah Puan, baru lepas mandi, malas nak tudung bagai, tak sempatlah Puan nak pakai tudung…”
“Puan, Wardina, pengacara TV3 tu pernah berkata, dia mengambil masa yang lama untuk menimbangkan bertudung sepenuhnya. Selepas yakin, baru dia amalkan”
Jawab saya “ Wardina boleh berkata begitu kerana dia masih dipanjangkan umur takkala ditanya wartawan tentang tudung. Kita-kita ni? Andai sahaja Allah menarik umur kita sekarang dalam keadaan kita tidak bertudung, sedangkan bertudung itu WAJIB dan kita faham cuma kita tidak patuh arahanNYA, adakah kita akan membuat pertimbangan sedemikian?”
Pelajar tersebut terdiam. Semoga diamnya tanda dia sedang berfikir. Bukan diam kerana tidak mahu membantah kata-kata Pensyarahnya ini.
XXX, pelajar yang manis, anggun bertudung. Semasa minggu MITEK berlangsung, saya terserempak dengannya. Tanpa tudung di kepala. Rambutnya yang panjang mengurai terserlah. Siapa kata gadis Melayu bertudung, rambutnya tidak terurus!
Tadi, usai mesyuarat, saya salam dan berpelukan dengannya. Sempat saya berbisik.
‘XXX, awak lebih cantik apabila bertudung…”
Tudung, bukanlah untuk dipakai buang. Ia bukan lampin. Lampin dipakai untuk menampung dan menghalang najis dari tercicir merata tempat. Tudung dipakai untuk menghalang kita kelak digantung dengan rambut dan otak di kepala yang mendidih di neraka. Tidak cukup ngerikah anda dengan gambaran perjalanan Israk Mikraj yang diceritakan Nabi Muhammad s.a.w kepada para sahabatnya?
Tepuk dada, tanya iman.
5 comments:
Assalamualaikum...
Puan..
Begitulah realiti hari ini, tudung bukan dijadikan perkara penting malah ada dijadikan tudung sebagai trend...saya teringat semasa saya di Uitm segamat dan ketika itu, saya terlibat dalam JPK Kolej..saya cuba mewajibkan tudung kepada semua warga kolej kerana saya rasakan selaku ketua, saya berhak menegur mereka dengan cara yang baik tapi apa yang saya dapat adalah bantahan segelintir pelajar2 kolej ketika itu...sedih sgt ketika itu tapi apakan daya saya tiada kuasa sepenuhnya..saya hanya sekadar membantu dan nasihat selagi terdaya...
namun apa yg pasti memang ia bermula drpda rumah tetapi ada juga saya jumpa pelajar pada asalnya dia bertudung tetapi apabila masuk universiti dia tidak bertudung dan dek kerana takutkan ibu bapa,apabila balik ke kg mereka mengenangkan tudung...adakah mereka menganggap tudung sebagai bahan mainan...
Astaghfirullah...moga2 insan2 ini mendapat petunjuk dan hidayah drpd Allah...ini juga sering mengingatkan saya, betapa manusia itu diuji ketakwaannya oleh Allah...jika seseorng itu kuat menempuhnya, maka yg terbaik diperolehinya...
saya teringat ayat Al-Quran dalam surah Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud:
"wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin
'Hendaklah mereka menutup jilbabnya ke seluruh tubuh mereka, supaya mereka lebih mudah dikenali orang, kerana itu mereka tidak diganggu. dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang' "
Dan sama2lah kita hayati ayat Al-Quran dalam surah An-Nur: ayat 31 kerana di dalamnya ada tuntutan buat muslimah sejati...:)
Sama2lah kita berdoa semua kita semua terus kuat dan sentiasa berpegang teguh dgn ajaran Islam, agama yang suci..Aminn
Salam puan...saya setuju dgn ape yg puan katekan ttg pemakaian tudung...ade sebilangan yg menganggap memakai tudung hanya satu fesyen..atau hanya sebab nk cover rambut yg bermasaalah..atau terpaksa...ade juga yg brpndapat 'kalau pkai tudung pun bknnye baik sgt..' Agak sedih mndengar ayat itu keluar dari mulut teman2.. Bertudung bkn sebab nak tunjuk baik..tunjuk ayu..atau sebab nk tunjuk diri itu sopan..tapi itu adalah perintah Allah yg sememangnye kite patut patuhi..Semoga Allah bukakan hati mereka utk bertudung. Amin...
Assalamualaikum Pn Noraini,
Seorang bekas pelajar saya telah memberitahu saya melalui sms. Katanya: En, saya sekarang dah pakai tudung bermula 1 Muharam yang lepas. Alhamdulillah, kata saya.
Seorang rakan sekuliah pula telah mula bertudung pada 1 Ramadhan.
Jadi, bagi yang malu atau segan untuk melaksanakan tuntutan menutup aurat, pilihlah tarikh-tarikh penting Islam untuk memulakannya - yang terdekat ialah maulidurrasul. Selamat mencuba.
salam...
selepas 6 thn meninggalkan UiTM segamat,ceritanya masih sama...
pakai tudung ke kelas spt pakai uniform lagaknya...semata-mata kerana segan memandangkan kampus dimonopoli siswi yabg kebanyakannya bertudung..
adibah
Assalamualaikum
Cikgu Huda, isu tudung dianggap sensitif, ia isu peribadi bagi segelintir umat Muhammad saw.
Ezy, memang ramai yang akan berkata sebegitu, iman tidak diukur dari tudung. Tapi, bukankah menutup tudung itu tanda kita patuh kepada Allah? Hanya yang benar2 beriman sahaja akur dan patuh walau ada rambut yang ikal mayang panjang mengurai...
En Halim, alhamdulillah kalau begitu, sempena Maulidur Rasul, eloklah kita ikut saranan En Halim
Adibah, ia trend yang diwarisi...Iman sahaja yang susah nak diwarisi...
Noraini Ismail
Post a Comment