Friday, January 30, 2009

Aset Syarikat?

Hampir setiap hari berkerja, seawal 7 pagi, kelibatnya kelihatan di tepi jalan berhampiran jambatan pertama bandar Segamat. Mungkin dia telah berada di situ lebih awal. Sebelum kenderaan sibuk di jalanan. Susuk badannya kecil. Berambut kemas pendek. Berkulit sawo matang. Ada raut keturunan jawa. Pergerakannya pantas. Kelihatan agak kalut. Baju seragam jingga dikemasi lagi dengan vest hijau berkilat. Sambil melakukan kerja hakikinya, dia turut berbalas pandang dengan pemandu-pemandu kenderaan yang terhenti dek lampu merah selama 99 saat. Kadang bertukar senyuman. Dia kelihatan sungguh ikhlas dengan pekerjaannya. Teliti. Keadaan sekitaran nampak bersih.



Dialah lelaki itu. Lelaki yang tidak diketahui namanya. Pekerja Majlis atau sub-kontraktor barangkali. Kagum dengannya. Bagi saya, dia antara aset majikan. Kerajinannya terserlah. Jalanraya bersih tanpa sampah.

Tahniah Encik. Moga Allah sentiasa memberi rezeki keimanan, ketakwaan, kesihatan yang cemerlang, gaji yang diberkati, rakan sekerja yang beriman, isteri yang solehah, anak-anak yang mukmin dan mukminah...

Beli atas talian


Saya menerima bungkusan pagi ini. Sehelai T-shirt yang saya beli atas talian dari www.myhalalhub4u.com. RM4o sehelai dicampur kos penghantaran RM4. Ketika peserta Bengkel Audit Dalam tekun mendengar penerangan, saya tekun membuka bungkusan. Tidak sabar rasanya hendak melihat sendiri Tshirt yang dibeli secara 'by description'.

Sebaik dibuka, kelihatan tag ini. Hadis disertakan sebagai panduan. Sungguh menarik. Faridah dan Huda bertanya tentang keyakinan saya membeli atas talian. Ia berlandaskan kepercayaan. Bayaran dibuat juga atas talian atau pindah wang ke akaun penjual. Barang dipos kemudian. Pesan saya bukti pembayaran perlu disimpan. Jika barang tidak kunjung tiba, bersedialah ke Tribunal Pengguna KPDNHEP.

Inilah Tshirt yang ditempah. Merah Lada. Tertulis perkataan blessed with iman di hujung kiri Tshirt. Sungguh berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan. Akan buat tempahan lagi. Jimat masa dan tenaga. Tidak perlu fikir tentang lokasi kedai. Hanya di hujung jari anda.


Thursday, January 29, 2009

Nikmat Waktu

Kesibukan tugas harian membuat saya makin menghargai nikmat waktu yang Allah anugerahkan pada setiap hari. Betapa apabila saya 'kekurangan' tugas, waktu yang ada dipenuhi dengan termenung dalam keadaan mata tertutup...Membazirnya waktu itu, walau tidur itu perlu, namun terlebih tidur mengundang pembaziran disudut lain. Baiklah, saya akan cuba kurangkan waktu tidur....

Semalam, saya merasakan diri ini superwoman. Dan suami saya superman. Anak-anak saya superkids. Dan waktu terasa sangat berharga...Terima kasih wahai Tuhan kerana menganugerahkan kecukupan masa dan memberi waktu rehat yang seadanya. Nikmat kesihatan juga disyukuri. Terima kasih GamatMaxx...

Saya seorang superwoman semalam kerana pagi, saya perlu memastikan sarapan buat anak-anak yang masih bercuti Raya Cina. Perlu sampai ke kampus sebelum pukul 8. Pendaftaran peserta Bengkel Audit Dalam dijadualkan pada pukul 8. Peserta akan bersarapan. Penting makan dahulu sebelum memulakan Bengkel yang agak berat pengisiannya. Setelah memastikan sarapan terhidang, bergegas ke PTDI. Saya di'paksa' jadi MC bagi Majlis Taklimat Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S. Satu amanah baru. Walau agak gugup, tetapi pengalaman bersyarah berjaya mengawal keadaan. Alhamdulillah. Kembali ke Bengkel Audit Dalam. Meninjau pula persediaan makan tengahari. Nasi Jagung terhidang. Alhamdulillah. Sedap betul masakan Puan Hajjah Zainab, yang juga pemilik Sekolah Memandu Wadah di Segamat. Beliaulah superwoman yang sebenarnya. Saya perlu pulang ke rumah. Anak-anak perlu makan. Memandu ke Segamat. Panas terik Segamat kebelakangan ini meletihkan badan. Setelah memastikan anak-anak makan dan solat, saya kembali ke kampus. Peserta akan minum petang pada pukul empat. Bersyukur kerana segalanya berjalan lancar. Singgah sebentar ke pejabat. Perlu memastikan dokumen lengkap untuk Mesyuarat bersama JKKK Kg Melayu Raya malamnya. Kelab Inspirasi akan berOPKIM di sana dalam bulan Februari. Saya dijemput untuk menyertai mesyuarat. Satu pengalaman baru. Selepas maghrib, saya ke dapur menyediakan makan malam ringkas untuk anak-anak. Selesai Isyak, saya berkereta ke Kg Melayu Raya. Fatihah turut dibawa. Jalan masuk kampung tersebut jauh ke dalam dan gelap yang amat. Berterima kasih kepada salah seorang AJK JKKK kerana kesudian beliau mengiringi kenderaan saya hingga sampai ke Balai Raya. Bermesyuarat sehingga pukul 10.30 malam. Aduhai, penatnya badan...

Suami saya pula seorang superman semalam kerana setelah beroperasi selama 3 hari 2 malam mengemas rumah dan menjahit langsir, pagi-pagi lagi suami kesayangan berangkat ke JB. Di tapak kerja, beliau sibuk membuat persediaan ISO sebelum menghantar segala dokumen dan laporan ke Bandar Damansara minggu depan. Tiba-tiba boss dari KL telefon, suruh suami pulang ke KL esok. Ada urusan. Penat perjalanan pergi masih bersisa, beliau bersiap-siap pula untuk perjalanan pulang ke Segamat. Setelah memastikan site ditutup sempurna, suami menelefon bertanya pukul berapa saya habis mesyuarat JKKK. Senang nak bajet pukul berapa dia akan bertolak dari JB supaya boleh beriringan ke Taman Sedeng nanti. Tepat pukul 11 malam, suami tiba di Kg Melayu Raya. Mengiringi pula kereta saya keluar dari Kampung.

11.30 malam, kami sampai ke rumah. Suami kelaparan. Mee goreng pemberian AJK JKKK penyelamat kebuluran. 12.30 malam, kami landing atas katil. Pagi-pagi esok, suami akan ke KL. Suami terus berselimut dan berdengkur. Alhamdulillah...

Anak-anak saya pula superkids kerana seharian mereka bermain game sewaktu ketiadaan saya di rumah...


Everywhere I'm turning
Nothing seems complete
I stand up and I'm searching
For the better part of me
I hang my head from sorrow
Slave to humanity
I wear it on my shoulders
Gotta find the strength in me
Cause I am a Superwoman
Yes I am
Yes she is
Still when I'm a mess
I still put on a vest
With an S on my chest
Oh yes I'm a Superwoman
For all the mothers fighting
For better days to come
And all my women,
all my women sitting here trying
To come home before the sun
And all my sisters
Coming together
Say yes I will
Yes I can
Cause I am a Superwoman
Yes I am
Yes she is
Still when I'm a mess
I still put on a vest
With an S on my chest
Oh yes I'm a Superwoman
When I'm breaking down
And I can't be found
And I start to get weak
Cause no one knows
Me underneath these clothes
But I can fly
We can fly, Oooohh
Cause I am a Superwoman
Yes I am
Yes she is
Still when I'm a mess
I still put on a vest
With an S on my chest
Oh yes I'm a Superwoman

Monday, January 26, 2009

Selamat Tahun Baru Cina

10 fakta tentang Cina
  1. Rakan Cina yang saya hormati- Yap Kim Chee, seorang peguam yang lembut dalam tegas.
  2. Rakan sekerja Cina yang saya kagumi-Lee Tan Luck, penulis 4 buah novel Bahasa Melayu.
  3. Ahli politik Cina yang saya kagumi-Ong Tee Kiat, sungguh fasih berbahasa Melayu.
  4. Jiran lama Cina yang saya hormati- Lee Nga Nga, prihatin dengan sensitiviti jiran beragama Islam
  5. Sasterawan Cina yang saya kagumi- Lim Swee Tin, sungguh tinggi nilai puitis dalam sajak-sajaknya
  6. Aktivis Cina yang saya hormati- Lee Lam Thye, bagus ideanya tentang Institut Hubungan Kaum.
  7. Hakim Cina yang saya kagumi- James Foong Cheng Yuen, walau ramai peguam ngeri mendengar namanya, saya ok, pernah 'appear before him in chambers' di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Dia ok sebenarnya.
  8. Saudara baru Islam berbangsa Cina yang saya minati- Nur Alya Yeoh Abdullah- sungguh komited mengamalkan Islam walau tidak dilahirkan dalam keluarga Islam.
  9. Penulis Cina yang saya kagumi- Ann Wann Seng, tidak lokek menulis tentang rahsia kerajinan dan kejayaan kaum Cina
  10. Makanan Cina yang saya minati- Yong Tow Foo- sihat berkhasiat sebab rebus semuanya

Selamat Tahun Baru Cina,semoga hubungan sesama kaum di Malaysia dapat diperbaiki lagi.

Friday, January 23, 2009

Pelajar dan Blog

Sudah ramai pelajar yang memiliki blog sendiri. Mungkin atas usaha sebilangan pensyarah yang mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran selari dengan situasi semasa. Teknologi terkini dihargai.

Pernahkah menyelusuri blog pelajar kita?

Ada yang 'innocent', 'naive': menulis seadanya. Tentang cita-cita, tentang hobi, tentang keluarga.

Namun, ada yang 'advanced' : menulis sesungguh-sungguhnya. Bahasa orang muda-muda. 'WTF' sering ditulis selesai mengutuk peraturan sahsiah rupadiri pelajar. Gambar yang menghairahkan dan ringan-ringan pun ada. Aktiviti lapang mereka juga diperincikan. Terkadang membuat saya terlongo.

Melalui penulisan di blog peribadi namun boleh dibaca oleh sesiapapun, hatta oleh Pengarah Kampus sendiri, kita boleh membuat andaian kasar tentang sikap sebahagian pelajar. Ada pelajar kita yang masih belum mampu memenuhi sebahagian ciri-ciri model graduan UiTM.
  1. Berpengetahuan & Berkemahiran
  2. Mempunyai Kecerdasan & Ketahanan Mental Serta Fizikal Yang Berpanjangan
  3. Mempunyai Sifat Jatidiri, Patriotik, Berterima Kasih Dan Bersyukur
  4. Beretika, Bertakwa & Berakhlak Mulia Serta Mempunyai Ciri-ciri Personaliti Yang Seimbang, Harmonis & Holistik
  5. Berdikari, Berdaya Saing, Mempunyai Ciri-ciri Kepimpinan, Keusahawanan & Kemahiran
    Pengurusan Yang Tinggi
  6. Rasional , Terbuka, Berpandangan Jauh, Berketrampilan Bebas & Yakin, Progresif, Saintifik & Berkemahiran
  7. Kreatif, Konstruktif, Progresif, Saintifik, Inovatif, Kritikal Global & Analitikal

Bukan tugas mudah menjadikan mereka model graduan UiTM. Latar belakang keluarga yang berbeza membentuk personaliti pelajar. Pengaruh rakan sebaya pula berupaya mengubah sikap sebahagian lain. Jiwa muda mempengaruhi tindakan. Syaitan turut memain peranan besar.

Namun, pelajar perlu rasional dalam sebarang tindakan yang diambil walau menulis dalam blog peribadi sendiri. Blog bukan diari yang boleh dikunci.

Moga Allah memberkati warga UiTM Johor.

Mati kerana makanan?

Menarik juga bila membaca tentang hukuman mati ke atas pengeluar susu yang dicemari melamin di China. Kerana susu, mereka yang bersalah dijatuhkan hukuman mati. Tegas juga undang-undang China. Walaupun ramai ibu bapa yang tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah Rakyat Shijiazhuang yang mengenakan hukuman lebih ringan kepada Ketua Sanlu Group, namun ini merupakan satu kes 'benchmark' kepada pengeluar yang hanya memikirkan keuntungan dan mengenepikan keselamatan produk.

Di sini, bekas pemain badminton, Ong Ewe Hock didenda RM1,300 kerana memasarkan produk herba yang mengandungi racun Sildenafil. Racun ini sekiranya diambil secara berlebihan boleh menyebabkan sakit kepala, sakit perut, masalah pernafasan, cirit-birit dan sakit tulang belakang. Akta Racun 1952 mengenakan denda maksimum RM3000 jika sabit kesalahan.

Bagaimana pula dengan bahaya makanan yang mengandungi daging babi atau sumber berasaskan babi? Kenapa pula dengan binatang yang satu ini? Kerana saya lihat terlalu banyak kes produk nmakanan dan pengguna di Malaysia yang bersangkutan dengan binatang itu yang menyentuh hukum hakam Islam.

Daniel S. Shapiro, M.D., Pengarah Clinical Microbiology Laboratories,Boston Medical Center, Massachusetts dan juga merupakan Penolong Profesor Perubatan di Pathology and Laboratory Medicine, Boston University School of Medicine, Massachusetts, merumuskan terdapat lebih daripada 25 penyakit yang boleh di jangkiti dari babi. Diantaranya ialah:•

Anthrax• Ascaris suum• Botulism• Brucella suis• Cryptosporidiosis• Entamoeba polecki• Erysipelothrix shusiopathiae• Flavobacterium group IIb-like bacteria• Influenza• Leptospirosis• Pasteurella aerogenes• Pasteurella multocida• Pigbel• Rabies• Salmonella cholerae-suis• Salmonellosis• Sarcosporidiosis• Scabies• Streptococcus dysgalactiae (group L)• Streptococcus milleri• Streptococcus suis type 2 (group R)• Swine vesicular disease• Taenia solium• Trichinella spiralis• Yersinia enterocolitica• Yersinia pseudotuberculosis.

Kajian yang dibuat oleh Alix Fano (M.A.), Murry J. Cohen (M.D.),Marjorie Cramer (M.D.,F.A.C.S.), Ray Greek (M.D.), dan Stephen R.Kaufman (M.D.) mendapati antara penyakit-penyakit ini ada yang boleh membawa maut, sebagai contoh leptospirosis. Ia boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang.

*sumber internet

Alangkah bagusnya andai sahaja ada undang-undang di Malaysia yang memperuntukkan hukuman SETEGAS Di CHINA (bukan setakat denda maksimum RM3000) ke atas pengeluar produk pengguna yang menggunakan bahan dari babi untuk pengguna beragama Islam.

Tetapi, Karpal Singh tentu menentang keras usul ini...


Kualiti Teras Kejayaan Dunia Akhirat

Tajuk di atas adalah ransangan untuk diri sendiri. Bagaimana untuk menjadi manusia yang berkualiti?

Mendengar ucapan Prof Kamil yang sungguh bersemangat pagi tadi, ada dua cara terbesar untuk menjadi manusia berkualiti khusus buat yang beragama Islam.

Pertama SOLAT kedua membaca AL QURAN.

Prof tidak jemu-jemu menyebut dua perkara ini dalam setiap ucapannya. Bagi diri ini yang kadang ingat kadang lupa, peringatan yang disebut berkali-kali berjaya menginsafkan diri yang cuai dan lalai.

Melalui solat, bila berhadapan dengan Yang Maha Besar dalam keadaan khusyuk, diri terasa sangat kerdil, masih belum sempurna dan terlalu banyak dosa lampau yang entah diampunkan entah tidak. Namun, tetap berpegang teguh bahawa Allah itu Maha Pengampun. Compang camping dalam solat juga perlu diperbaiki. Rasanya dapat dikira berapa kali khusuknya diri dalam solat. Malu...

Bacaan Al-Quran juga masih jauh dari cemerlang. Bila menonton Kalam Suci Astro Oasis, tersedar bahawa banyak bacaan selama ini melanggar hukum tajwid. Tebal nipis huruf, qalqolah, idgham, mad...Ohhhhh..terimbau ingatan kepada Ustaz-ustaz di SMKA Sheikh Haji Mohd Said Seremban...Wahai ustaz semua, andainya waktu dapat diputar kembali, ingin sahaja saya kembali ke kelas 1, 2 dan 3 Atarid bagi menekuni tajwid dalam bacaan Kitab Suci Al Quran. Betapa waktu dahulu, kelas Al-Quran dirasakan antara kelas yang sangat panjang masanya...tetapi kini, betapa ruginya kerana tidak menghargai detik-detik itu...Semoga ustaz-ustaz semua dalam naungan kasih sayang Allah.

Solat dan Al Quran pemangkin kualiti dalam kehidupan. Moga diri ini lebih memahami....

Dunia ini pinjam-pinjaman
Akhirat itu tempat tujuan
Solat yang wajib, ditinggal jangan
Dendangi diri dengan Al Quran