Friday, January 4, 2008

Pertemuan Pertama Pengarah

2.50pm, 4 Januari 2008, mesyuarat pertama bersama Pengarah baru. Bersemangat nak hadir kerana selama ini hanya membaca blog beliau dan mengintai dari jauh. Lebih teruja nak melihat beliau dari jarak dekat setelah menghabiskan bacaan Travelog Haji. Orangnya tidak tinggi namun tidak terlalu rendah. Sedang. Dahinya luas, tanda orang bijak pandai, ada kesan lebam membulat kecil di dahi, berkat solat tahajud sepertiga malam. Antara pesanan yang terkesan di hati ialah tabiat membawa buku ke mana sahaja. Itu antara tabiat baik saya. Lagi? Supaya rajin menulis sehelai sehari. Kalau setahun, maknanya 360 helai. Tolak cuti itu ini 300 helai, tolak kenduri kendara majlis sana majlis sini malas tidur tak sihat, 150 helai. Akhirnya dalam setahun dah dapat sebuah buku. Ini bukan tabiat saya. Namun, terkesan juga di hati, akan cuba amalkan, moga Allah mempermudahkan.

Tuesday, January 1, 2008

Peristiwa sungguh sedih di awal tahun

Sungguh terkejut dengan berita sensasi awal tahun. Bertaraf menteri dan naib presiden MCA. Sungguh, berani sungguh Menteri berkenaan membuat pengakuan terbuka begitu. Berani buat berani tanggung. Mungkin itu prinsip yang dipegang beliau.

Sungguh, sungguh terkejut menonton berita malam ini. Sekumpulan anak muda tanpa baju menari sambil menghidu gam dalam plastik di malam tahun baru. Sungguh berani mereka! Konsep berani buat berani tanggung mungkin juga dipegang mereka. Bermalam dalam lokap polis gamaknya.

Sungguh, ini bukanlah permulaan yang baik bagi tahun 2008. Sesungguhnya jika dua peristiwa tersebut dipandang sepi, sungguh, Malaysia belum merdeka!

Sungguh sedih...

Tahun Baru 2008

Hari ini tahun baru. 1 Jan 2008 bersamaan 22 Zulhijjah. Pagi tadi menelefon UKM dan UiTM Shah Alam tapi tiada jawapan. Ishh mana pegi semua orang ni..Rupanya cuti umum..Maklumlah kami di Johor tak sambut tahun baru...Negeri2 MelayuTidak Bersekutu katakan...

Azam baru? Banyak tapi biarlah tersimpan di sudut hati. Suami di rumah mengemas seharian. Petang ni akan berangkat semula ke Kuala Lumpur.

Namun harapnya tahun 2008 memberi kehidupan yang lebih bermakna buat semua. Dan yang paling penting diredhai Allah.

Friday, December 28, 2007

Bertemu Dr Mawar

Bertemu dengan cerpenis terkenal ini membuat saya begitu teruja. Perasaan yang sama turut dirasai ketika bertemu dengan Faisal Tehrani dan Nisah Haron. Dr Mawar secantik namanya. Tutur suaranya yang lembut amat saya senangi. Perkataan yang keluar dari mulutnya seperti bahasa buku: tersusun, tersaring dan jernih...saya juga belajar banyak perkataan baru. Turut membeli kumpulan cerpen beliau. Harapnya boleh menghabiskan bacaan malam ini juga. Tiba-tiba baru saya terperasan yang entri saya kali ini adalah sama seperti bahasa buku juga..hehehe

Monday, December 10, 2007

Segamat banjir lagi-10 Disember 2007

Seperti yang telah dijangka, Segamat banjir lagi, walau tak sedrastik tahun lepas, air naik sedikit demi sedikit, jadi penduduk dah boleh agak bila patut angkat barang yang mana patut. Taman Sedeng seperti tahun sudah, masih terselamat walau jalan darat dah tertutup. Satu2nya jalan ialah ikut landasan keretapi kat depan tu. Bagi yang bermotosikal atau berbasikal, masih boleh ke Segamat Baru kalau2 nak beli barang ke apa ke tapi dengarnya bandar Segamat dah ada tempat2 yang tenggelam. Hati risau dada berdebar, takut2 air naik ke Taman ni. Dahle tak ada lelaki dewasa nak tolong2 angkat barang kalau dah terdesak. Semoga air tak naik, ya Allah.

Kg Jawa pun dah naik air. Hisyam bagitau Taman Tasik setakat petang tadi dah sampai lutut. Alhamdulillah kenduri kahwin abangnya semalam. Tapi kesian pengantin baru...terpaksala tolong cuci rumah mertua bila dah surut nanti...mana2 pasangan bakal pengantin tentu dah susah hati.Sebab kali ni dijangka hujan tak menentu sampai bulan Mac..lama tuuuu...harap2 jangkaan jabatan meteordologi tu tersasar jauh.....ke Amerika tempat Bush kalau boleh!!!!

Tak lena la tidur malam ni...baca2la Quran insyallah...

Friday, December 7, 2007

Jangan pisang berbuah dua kali

Pukul 5 pagi tadi terjaga dan terdengar bunyi curahan hujan. Ish...dah tiga hari dah ni tapi rentak curahan tahun lepas lagi rancak. Bersiap2 nak keje, pagi ni kena berkumpul di Dataran Segamat, Pak Lah nak datang. Bagus jugak datang time macam ni, boleh tengok live tempat2 yang sering dilanda banjir. Lapas tu, tambah2la apa yang patut untuk menaik taraf Segamat ni. Kak Zura ajak car pool. Dari jauh dah nampak kenderaan buat u turn. Ah sudah pasti air dah naik kat jambatan tu. Betul! Terpaksa ikut jalan ke Bukit Siput. Di simpang Fajar yang dah tutup for good, sinar2 jammed dah kelihatan. Alhamdulillah ada kawalan polis trafik. Laluan kenderaan ringan bawah rail keretapi dah tenggelam. Tokong Buddha pun dah di kelilingi air yang meninggi. Tangga Masjid Lubok Batu dah tenggelam. Kiri kanan bahu jalan dan penuh air. Sampai juga akhirnya ke tempat kerja tercinta, punch in dan terus naik bas ke Segamat...

Janganla banjir lagi.Perit!Moga ALLAH mengabulkan doa hambaNYA ini...

Thursday, December 6, 2007

Risau

Semalam ke shah alam, ada mesyuarat. Anak kat Segamat kata hujan dari pagi. Dalam perjalanan balik Segamat, cuaca nampak tersangat mendung di kawasan selatan. Hujan lebat ni..bisk hati. sampai kat seremban. memang sah, rintik2 hujan dan mula merenyai. Sepanjang jalan kemudiannya hujan lebat sampai pandangan kabur...tapi driver dah 21 tahun memandu...not to worry...tawakal. Sampai Segamat dah dekat maghrib, masih hujan. Sampai rumah, SpaQ dah nak habis..masih hujan..solat maghrib,isya',subuh....masih hujan..alamak...terkenang tahun sudah, banjir besar melanda segamat.Ya ALLAH semoga tahun ini tidak berulang lagi...