Sunday, April 5, 2009

PANAS


Bila bercakap hal politik, Qayyum, pelajar Ijazah Perakaunan, amat berminat dan ada banyak buah fikiran. Seorang lagi, Payat, bekas pelajar Ijazah Perakaunan juga. Sekarang sudah berkerjaya. Sekarang minggu-minggu terpanas buat mereka yang komited dengan perkembangan politik negara. Tahanan ISA pun dah lepas bebas. Alhamdulillah, moga pengalaman ditahan dapat memberi kebaikan kepada diri sendiri dan keluarga.

TV pun semakin rancak dan panas dengan perang saraf terakhir. Ucapan 14 tahun sudah ditayang semula. Panas sungguh!

Cuaca di Segamat, sekejap panas, sekejap hujan. Walau hujan di sebelah petang, malamnya tetap panas. Tinggilah bil elektrik bulan ni. Tetapi suami kata, tak apa, biar untung syarikat abang. Saya kata, abang bukan pemegang saham. Dia kata, kalau TNB untung, pekerja dapat bonus lebih. Saya kata, kongsilah bonus tu, dalam bentuk barang kemas pun ok. Suami kata hehehe...

Bumi makin panas. TNB mencatat penurunan penggunaan sebanyak 550mw. Semasa earth hour berlangsung minggu sudah, rata-rata penduduk taman prihatin. Namun ada blogger yang pesimis tentang keberkesanan kempen ini. Apa ada pada tempoh sejam?

Panas, suasana politik, sosial, ekonomi Malaysia semakin panas.

7 comments:

AnDeH said...

heheheee~
tempoh sejam mmg tak ada apa2.
Namun, sekurang2nya memberi kesedaran pd yang peka dan memberi peringatan
kpd yang leka.
memberi pengetahuan pd yg
tak pernah nk mengerti apa2.

p/s: teringt kisah seekor burung yang berusaha membawa beberapa titik air semata-mata untuk membantu seorang Nabi yang ingin di bakar hidup2. Tatkala d tny mengapa, burung menjawab:

"sekurang2nya di akhirat nnt andai d tny apa yg aku lakukan ketika Nabi ini hendak di bakar maka aku ada jawapnnya.."

Wallahu a'lam.

-Andeh-

aniisma said...

Betul tu Jo..

Terkadang, manusia suka merungut. Padahal yang dirungut bukanlah perkara remeh. Kalau ada perkara lain yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan, utarakanlah, bukannya mengutuk tak tentu pasal.

Kita sebagai rakyat perlu mengimbangi kekurangan kerajaan dengan bersuara. Kerajaan pula kenalah dengar 'suara' rakyat...

AnDeH said...

setuju dengan dapatan puan..

-Andeh-

Nizam Awang said...

rancangan hujah di UiTM shah alam minggu lepas mat menarik. membuka ruang kepada rakyat untuk memahami undang2 dgn baik. dan semestinya, menjuruskan pemikiran yang lebih adil mengenai isu-isu di perak sekarang.
tambah menarik lagi, di national university of singapore juga galak membincangkan krisis yang sama. cuma fahamkah mereka dengan sejarah tanah melayu dan kedaulatan raja2? bila terbaca artikel beberapa artikel tulisan profesor mereka berkenaan kebebasan beragama (fahamkah mereka tentang konsep kebebasan beragama mengikut perlembagaan persekutuan?), membuatkan saya terfikir - betapa ahli akademik di malaysia perlu melangkah lebih jauh (tatapilah sendiri penghakiman pulau batu puteh) dan paling penting perlu lebih didengari suaranya. banyak lagi yang perlu kita laksanakan, ada lebih banyak lagi yang perlu kita mulakan dan paling penting ada lebih-lebih banyak lagi yang perlu kita kekalkan untuk agama, bangsa dan negara.

dari jauh memerhati,
nizam arjuna

Anonymous said...

Nizam

Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..dan masih memerhati dari jauh perkembangan uitm. Insyallah, jabatan akan cuba menganjurkan perbincangan tentang isu tersebut semester depan..

Keep in touch

Nizam ada tak alamat emel pensyarah USIM yang buat child law tu?

Kak Ani

Nizam Awang said...

Kak Ani,

Saya panjangkan emel:

Rosfizah.MdTaib@brunel.ac.uk (criminal justice - rehabilitation of juvenile offenders kalau tak silap saya)

Dina Imam Supaat @ Birmingham (child refugees)

TQ

dekat di hati (tv9) ;B
nizam arjuna

Syah said...

Memang panas laptop saya di minggu2 PAU dan PRK baru-baru ni...

Hehehe